Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung roti
50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur
1/2 camt garam
1 camt susu tepung
1 camt yis
1/4 camt bread improver - optional
160ml air
25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter

10 biji hot dog
bijan secukupnya
egg wash - untuk sapuan

cara:

  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
  • keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar)
  • letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
  • kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
  • sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
  • kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
  • apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
  • selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan